LANDLORD Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. ..All is well.. Allahhumma inni as'aluk al-jannah TUAN TANAH
| Salam Ramadhan
Assalamualaikum.... Pejam celik pejam celik, Ramadhan telah pun tiba... kuikui.. Seronok sangat time bulan nih maklumlah ada banyak sangat kelebihan time bulan Ramadhan termasuklah bagi orang yg teringin nak kurus tuh (hahaha perli diri sendiri). Tahun nih best sebab sepanjang bulan Ramadhan Intan dapat berbuka puasa dengan keluarga. Almaklumlah den nih dah bape tahun dah tak berbuka dengan keluarga #sisredha . Sebenarnya baru tiga tahun (ek eleh baru tiga tahun). Choiiii!!! I tetap rasa lama tau.. Honestly, rindu sangat time berbuka puasa dengan kawan-kawan kat Sains Johor. Tahun lepas seperti biasa senior akan dapat duduk di meja ala2 VIP "kononnya" bertepatan dengan tema senior sepanjang zaman iaitu 'bajet bagus' .. hohoho.
Masih ku ingat beberapa 'ketul' manusia yang menjadi ahli meja ku. Antaranya... (jengjengjeng.... *bunyi drum) -Hanisah (ketua) Antara manusia yang berhati mulia murni lagi bersih seperti pinggan mangkuk yang telah digilap-gilap dalam kelas, baik, lembut tapi sensitif sikit. (Amaran: Jangan pernah tinggikan suara dengan dia) Nama glamornye 'Esah'.. hamekko name time zaman Saloma punye.
-Shahida Manusia yang paling-paling rapat dengan Intan yawww!! Dia nih berfungsi sebagai mesin lagu kat dalam kelas ( Den jadi suara latar ajooo ). Dia nih cantik, baik, pencinta kepada -tut- yang setia, kawan yang setia (saka/pedampingku) dan kuat nangis huhuhu... Kekadang dia nih suka buat lawak hambar tapi wajib ketawa *siapa tak ketawa dengar lawak dia, den lompang kang (kuikui) #sisbackupkawan -Yana Insan yang suka buat lawak, ceria, baik lah jugak, unicorn (bukan kuda tunggangan yek tapi atlet). Dikenali dengan nama glamornye iaitu Yananai. Dia nih senang kena tipu ngan Intan hahaha. MAAP YA BUK!!! Rasenye budak nih selalu gelisah kalau nak buat sesuatu.. rasenyelah. Intan suka panggil dia 'taik' .. ceh takdelah I panggil dia unicorn awww.... sebab comel kot :)
-Shud Manusia yang selalu kena buli lepas berbuka. Dialah bibik yg selalu dipaksa lap meja.. hahahaha *mohon Shud baca. Dia nih selalunye sekepala ngan Intan. Dia jugalah kedai runcit Intan, suka bertindak di luar jangkaan hahahaha, suka buat lawak dan emmm nak cakap baik tuh tak delah sangat tapi kawan punya pasal baik jugak lah dia. -Ain Insan yang tersangat-sangat-menyengat-nyengat lagi tergigit gigit baiknya. Dia seperti 'Wanita Lindungan Kaabah'. Buatlah jahat dengan dia, jangan risau dia takkan balas. Manusia yang sopan, suara comel, rajin dan dia jugalah 'Angin'...hui.... -Raiha Manusia yang comel, kecik je..kuikui. Berfungsi sebagai mesin informasi kpop dalam diam, pendiam, baik macam Esah, pandai lukis, insan yang kekadang terpaksa melayan kerenah ku sebab duduk bersebelahan kat dalam kelas.
-Chaah Dia nih pencinta ilmu matematik tambahan, suka merepek, orang kata dia nih macam Sulli (kpop), pelik, baik lah jugak hahahah, dia nih lambat cakap sebab banyak sangat '... aaaa' tapi sabar jelah .. #sismendengardengantabah -Aini Aini, Aini, Aini.....ermmm.. Dia nih rasenya insan yang rendah diri tapi emo sikit..kuikui.. tapi bukanlah emo yang ganas sampai nak pecahkan tingkap then pukul2 orang tuh. -Nadia Baik, lemah lembut, cantik yang pasti hatinye selembut kapas. Kepada manusia-manusia kat atas nih, terima kasih n minta maaflah sepanjang Intan jadi ahli meja makan sebab den sbonarnyo x ponah lap meja makan. Kuikuikui
Akhir kata Selamat Menjalani Ibadah Puasa U ollzzzzz... *lambai tangan sambil pegang tisu 1 Comment(s) |