Kroh Blup

ABOUT JOURNAL Topik TWITTER GALLERY INSTAGRAM FOLLOW+ DASHBOARD
:: Online Diary!::
LANDLORD


hola ! My name is INTAN SYAFIQAH. Just call me INTAN / NENE. I'm a SWEET 97. Happy flying here :D
Superb Rich Erk? strike
Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. ..All is well.. Allahhumma inni as'aluk al-jannah
TUAN TANAH


TITTLE-TATTLE

KLIK SAYA JUGA!!!

follow meh


Sebelum SPM - Aku dan Fizik

Assalamualaikum dunia!!!

Ade yang orang cakap SPM penting dalam hidup but sometimes ada jugak manusia yang cakap, "SPM is not everything dear..". Hakikatnya " Everything starts from SPM".  Tapi jangan risau wahai pelajar yang bakal menduduki SPM. Kalau kurang ok time SPM, chill bro..*hisap shisha sikit, ok tiup..fuhhh

 Yeah benda tuh sangat susah nak move on. Tak terlambat beb, asal time sambung belajar tu korang fokus study, maka masa depan anda insyallah akan terang seperti spotlight menyuluh ke matahari terangnya.*aipp jangan tersengih. Hamekko!! Yang budak pandai baca entry ni, kompem diorang cakap, "Subjek tuh senang je, kau je yang bodoh!" *bunyi guruh
Tapi hatiku tetap berdegil nak buat entry ni jugak.
Kepada yang tak nak dengar, boleh pergi dari sini.

Seriously, time Intan form 4, I sangatlah benci nak mampos dengan subjek fizik. Intan memang melaknati subjek tuh. *muke kerut,hidung kembang. Setiap kali dapat paper fizik rasa nak tembak laju-laju je kertas tuh. Memang salah Intan sebab tak tumpukan perhatian time belajar. Disebabkan I duduk bawah, Intan pun mengambil kesempatan untuk tidur sebab tempat tuh sangatlah strategik bagi menjalankan aktiviti tidur. Setiap kali periksa fizik , ermm pedih untuk ku ceritakan *hidung berdarah. Result fizik kebanyakannya hampit fail tapi disebabkan hati ini sado (sebenarnya tak kisah pun dengan result tuh, senang cite takde kesedaran lagi) Intan terima dengan rela.

Pernah sekali Intan failed fizik. Time tuh hati masih lagi sado. Nampak tak betapa tabahnya hati ini menerima. Yeah sebenarnya satu kelas Intan failed tapi kitorang happy sebab ape?? Sebab sado beb! Kah! Tak tahulah kenapa time tuh rasa kejadian tu sangat lawak. Geli hati sebenarnya. Bayangkan catat sejarah kat sekolah tu, satu kelas failed. I saw my teacher sangatlah upset. Disebabkan selalu dapat result teruk, hati ni dah tak lalu nak ngadap fizik. Rasa macam takde harapan langsung nak baik pulihkan fizik. *terjun bangunan (jangan risau kat bawah bangunan ada pelampung). Tahun tuh, Intan hanyelah penonton kepada kawan2 yang dapat result lagi ok daripada Intan. Kat dalam kelas Intan pon ramai lagi higher dripada Intan.

Time cuti akhir tahun, cikgu ada bagi homeworks fizik yang sangatlah banyak. Bile bukak sekolah memang satu pun tak siap dan bermulalah agenda 'after meng-after' buku. Tak tahulah time nak after buku orang, tiba-tiba hati nih rasa kesal dengan sikap sendiri,hatiku turut berkata, 'Sampai bila nak jadi macam ginih?' *ceh gediknye hatiku auuuwww. Minggu tuh ade outing, selalunya kalau outing memang Intan berjimba dengan kawan. Tapi time tuh, tekad gile tak nak join kekawan semata-mata nak siapkan fizik. Intan cuba tak tiru buku tapi tiru jugak sebab kalau ikut teori sendiri memang takde satu pun yang betul. I tiru tapi I paham k!!! Time tuh Sid(dormate) outing so, terpaksalah tunggu time malam-malam sebab nak tanya dia fizik. Sejak harituh aku cube relakan diri stay up sebab nak belajar fizik. Sorang-sorang pulak tuh tapi nak berjaya kenalah buat. Time stay up tuh, banyak gile benda Intan jumpa kat asrama sampai Intan jatuh tergolek-golek kat tangga... Ceh tipu jer... Hohohoho
Seronok jugak tipu orang nih..


Time stay up tuh seriously, Intan bukan belajar cara nak jawab tapi Intan belajar balik dari awal. Yeah bab awal2 yang senang bagi korang semua tuh. Memang benda tuh pun Intan tak mahir lagi. So, dalam beberapa malam Intan cuba habiskan apa yang dah belajar. Intan just fahamkan je time tuh. Banyak sangat Intan tak tahu. Betullah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Di situlah Intan rasa Fizik nih sebenarnye best. Hikhok. Lepastu, Intan cuba buat latihan fizik buku past year tuh.

Best best pun result tetap tak dapat A. Krohkroh... Cite macam dah dapat A je .. Bersabarlah wahai pembaca. Memang tak dapat A tapi result meningkat ok ape... *kipaskipas. Dan bila SPM ..jeng jeng jeng.. I got A+ yawwww!!! *bunyi gitar elektrik. So, pengajaran di sini janganlah give up adik-adikku. Ade masa lagi weh!!!  Entry nih bukan bertujuan nak berlagak bagus tetapi untuk berkongsi pengalaman sahaja. Akhir kata, bye korang... Senyum semua!!



0 Comment(s)