Kroh Blup

ABOUT JOURNAL Topik TWITTER GALLERY INSTAGRAM FOLLOW+ DASHBOARD
:: Online Diary!::
LANDLORD


hola ! My name is INTAN SYAFIQAH. Just call me INTAN / NENE. I'm a SWEET 97. Happy flying here :D
Superb Rich Erk? strike
Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. ..All is well.. Allahhumma inni as'aluk al-jannah
TUAN TANAH


TITTLE-TATTLE

KLIK SAYA JUGA!!!

follow meh


KOREA (TRAVEL)- Part 1

ANNYEONG!!

AIPPPP!!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...... KUIKUI



Gediknye I.... auwwww. Ok, ni first time Intan nak buat entry pasal travel. Sebab Intan nak bagi tersemat dan terkubur kat sini. Almaklumlah I ni cepat lupa. Sebelum I amnesia pasal benda alah ni, sebaiknya Intan tanamkan, cangkulkan, bajakan di blog ini. Kalau dah amnesia nanti, bolehlah I geladah balik blog ni, kemudian baca dan tersingih sendirian seperti orang yg forever alone. Kah!

Intan travel ni dengan my lovely mum..kuikui *korek hidung*. Travel ni sempena penghargaan daripada my mum kepada Intan. 

 "Penghargaan buat apa?"
"Pernah pulak kau berjasa kepada manusia yek tetibe ada penghargaan ni?"

Wahai sekalian manusia, itu tak boleh bagitaulah sebab apa sebab takut riak... *mata ke atas, tangan ke bahu*. 

"Habis tu kau cakap pasal kau travel ni, tak riak lah?"

-_- ... Dengar jelah!!!! *berlari sambil bawa parang, ouh lupa tunggang kuda sebenarnya*
My friends pun ada tanya jugak buat apa pergi sana. Ada juga yang cakap yang Intan menang peraduan bagai. Apa-apalah manusia...*asah kuku*.Intan pun jawab jela dengan tenang + macho + cool + gengster dan santai . Sebab tidak dinyatakan di sini. Intan pergi time cuti 2 minggu tahun 2014. 

"Woi!! kau pergi mane??!!Cakap ar?!"

Ouh lupa nak nyatakan. Intan pergi Ko ngeeeeeeee arrrrrr. Sebelum cuti, Intan tak cakap kat kawan Intan yang Intan nak ke sana sebab tak perlu kot. Intan just bagitau kat beberapa kawan rapat Intan je. Pada suatu hari, ada seorang kawan Intan nih dah tau dan dia terlepas cakap kat sape tah. Konon nak selindung balik benda alah tuh,so, Intan pun cakaplah ..

"Tak adalah, aku nak pergi Perak. Dia cakap Korea sebab huruf belakang Perak kan K." 

Dalam hati, apa kene mengena pun aku tak taulah....layan... *goyang kepala*. Sejak dri tulah, Intan just cakap nak pergi Perak. Alasannya??? Hehehehe.. ni Intan bagi yang tak munasabah. Konon nya nak pergi konsert gegar ngan satu family kat sana. Kah kah kah.. Seronok tipu manusia ni... *korek hidung*. Sebelum cuti tu jugak ada ujian. Well, nak pulak Intan fokus kat ujian tuh, memang hasil pun teruk. Terutama Teknologi Kejuruteraan. Buat julung kalinya, I got C yawwwww!!!! *bunyi gitar elektrik* Dapat markah lepas cuti... aishhh time tu tak berani nak pandang muka cikgu. Hohoho.. (jangan tiru perbuatan ini).

Mula-mula Intan pikir my mum memain je nak pergi sana. Yelah... beliau (amek kau beliau lagi) bukannya teringin sangat nak pergi ke sana. Maybe my mum knows that I love kpop(bukan keropok k!!). Suka but bukan obses.  Hari yang Intan nak pergi tu kebetulan sama tarikh birthday my best friend, Shae . Dan tepat pukul 12 malam, I posted smtgh yg special lah kononnya kat wall FB die. Disebabkan dia cantik, I pon tulis lah kat situ 'cantek'. Kalau dia buruk, I pon tulislah dia 'booouuuuuroookx'. Ceh tak dela... semua manusia cantik dan encem. (jaga hati)

Lokasi: tempat parking kereta KLIA 2. Kah sempat yawww...


Sepatutnya, pukul bape tah bertolak tapi delayed. Pukul 1 pagi baru berlepas. Pergi sana naik AirAsia sahaja. Murah weh... (Sedang promote. Mohon Tony Fernandes baca ni kemudian bagi tiket free... kah). Disebabkan kitorang tak pernah naik AirAsia, dengan bijak nya kitorang fikir, nanti kat flight boleh tengok Tv.. sebelum ni kalau naik kapal terbang ada TV sorang satu. Time dah duduk tuh, Intan pun periksa tempat duduk (mencari TV sebenarnya)... malangnya tiada. I asked my mum, 

"Mana TV nya? Tempat mama ada TV tak?" 

Kalau tempat my mum ada TV, bolehlah kongsi tengok..kuikui. Ouh rupanya tak hadooooo.. memangla benda murah tak yah nak special sangatlah kan. *ouh perit*. Sejujurnya, ouh sangatlah bosan kat dalam tu. Nak tido tak selesa ... aduh aduh. Tup tup tido jugak hohohoho.... (btw pramugara dia muka jambu yallll.... comel).

Setibanya ku di Incheon, kena naik kapal terbang lagi.... tipu je.Macam biasa ada pemandu pelancong. Nama dia Angel n pembantu dia Mickey. Nama sebenar diorang ..emm... den tak hafal lah. Yang penting Angel sangat-sangat lah peramah. Mickey tak berapa sangat mungkin die tak mahir sangat berbahasa Inggeris. I paham sebab I pown same... kuikui sebab tuh bahasa kat blog ni rojak habes. Jahanam bahasa Inggeris Intan kat sini. Nggak apa2 kita orang melayu... *sedapkan hati sambil*




Tempat pertama kitorang pergi ialah restoran apetah ... makan2 di sana. Sepatutnya kena pergi Pulau Nami dulu, tapi sebab tiket delayed , tu yang kena makan dulu. Angel cakap, selagi nasi dalam mangkuk kita tu tak habis, even lauk dah habes, kita tetap dikira tak habis makan lagi. Ada paham??? Sorry ayat tunggang langgang sikit. Dan selagi nasi tak habis tu, diorang akan tambah dan tambah lauk pauk kita. Intan makan tak habis jugak sebenarnya. Time kat situ, rasa dah kenyang.. bukan diet yawwww!!! 

Telan jangan tak telan even tak tau apebende nih

Setelah semua orang meletup yakni kenyang, maka bermulalah perjalanan ke Pulau Nami. Memang lama gila perjalanan. Kat Pulau Nami, alah cam biasa lah posing sini sana. Intan nak posing gila2 tak boleh sebab my mum sangatlah tak suka cara posing tuh, so, terpaksalah berlakon sopan.. ouh hipokrit kat mana saja.. *tangan ke bahu*. Sebelum menjejaki Pulau Nami tuh, kena naik ferri (tak tau nak eja lah, bantai jelah). Comel ajoooo.... My mum duduk dalam ferri tu, Intan diri kat luar sebab nak tengok pemandangan. (sebenarnya kat dalam dah penuh).. Ketika menaiki ferri tuh, sedang dalam keadaan santai apabila dibelai angin ... uit uit.. tiba-tiba!!!!!..jeng jeng jeng..... Ada orang Korea suruh amek gambar.. tu je saje bagi suspen. Kacau betullah.. tak dela, tak kisah pown. Time gambar first tuh goyang, Intan dah alamak habeslah aku. Yela mana tau sebab benda tu diorang akan campak Intan dalam laut tu ke.#sisbergurau. So, Intan pown dengan tenangnye + cool + gangster + santai .. cakap... " One more picture", padahal Intan tangkap gambar diorang tiga kali time tuh... kroh kroh... Takpe yang lebih tu kira bonus untuk diorang. *kenyit mata, mulut senget

Mari naik raksasa nih
Pulau Nami , tempat yang cantik dan menenangkan. Sesuai kepada pasangan yang nak berbulan madu. Yang baru couple seminggu tuh x yah ngada-ngada eh. Senang cerita kepada pasangan yang couple tuh(tak kahwin lagi), tak payah nak berbulan madu sangatlah kan *tunjuk parang. Kalau pergi sana memang ramai gila pasangan (orang Korea) yang jalan2 kat sana. Diorang pakai baju sedondon, kat kepala dua2 orang tuh ada apetuh name die...ermmm... cekak kepala ..ntah ape yang penting bentuk telinga rabbit lah. Tu kalau diorang kat Malaysia, Intan rasa diorang mesti diketawakan. 

Aippp pak cik ni sempat lagi bom gambar den...  

Ada gergasi di situ
Lepas Pulau Nami kitorang pergi makan2 lagi ... biar meletup untuk kali kedua. Kali nih makan kat restoran orang Malaysia.. owner orang melayu... 


Ini jelah makanan yang aku paling suke...
Lepas makan, beli buah-buahan dulu... kebetulan ada pak cik nih jual buah kat depan kedai makan nih. Buah manyak pelik woooo , itu sebab kena beli. Saje merasa. Time nak balik tidur, baru perasan tak bawak plug antarabangsa tuh pulak.. alahai.... nak charge fon cemanetuh. Terpaksalah buat-buat tak segan minta jasa baik si Angel nih tolong charge kan...krohkroh... malu gile beb!!! 



0 Comment(s)