Kroh Blup

ABOUT JOURNAL Topik TWITTER GALLERY INSTAGRAM FOLLOW+ DASHBOARD
:: Online Diary!::
LANDLORD


hola ! My name is INTAN SYAFIQAH. Just call me INTAN / NENE. I'm a SWEET 97. Happy flying here :D
Superb Rich Erk? strike
Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. ..All is well.. Allahhumma inni as'aluk al-jannah
TUAN TANAH


TITTLE-TATTLE

KLIK SAYA JUGA!!!

follow meh


Korea (travel)- Part 2

Wehhuuuuu


Ok setelah sekian lama menunggu waktu dan saat yang paling sesuai nak update pasal travel part 2 nih, akhirnye tiba jugak even dah berhabuk blog nih. Tatkala nak update terbatuk-batuk sehingga berdarah seperti terkena santau sebab habuk dan debu serta sarang labah2 yang terhasil semenjak den tak meng-update blog. Namun tetap ku gagahkan diri ini meng-update blog tanpa mempedulikan kesihatan ku demi pembaca blog ku.. ceh.

Pada pagi yg nirmala ... bangun awal pagi, tengok kat luar perhhh dah mule nak cerah. Ingat kan dah lambat rupenye baru pukul 4 lebih.. kroh kroh... Kene berkumpul pukul 8 tak silap ermm tak ingat sangatlah. Apa-apalah!!! Intan n my mum orang yang paling awal turun ..hoho well kalau dengan keluarge bukan main cepat siap, kalau kat sekolah tunggu siren asrama baru nak pakai tudung n blablabla. Pernah sampai kawan yang kena gosokkan kain time pepagi sebab banyak benda lagi nak tak buat, nasib baik kawan I baik uooollllzzzz, I tak minta pun bantuan dia, tapi dia yang nak tolong. Nama manusia yg telah berjasa tuh Nara / Mong / Farahin (banyak sikit nama dia nih). Aippp keluar tajuk pulak.



Disebabkan terlalu awal, Intan n my mum pun pergi berjalan kat luar hotel. Sejuk giler!! ouh lupa nak bagi tau hotel yang kitorang menginap kat atas gunung ..hoho padan lah sejuk. My mum tak rase sangat kesejukan tuh sebab dia bawa baju baju sejuk. Hohoho seperti orang bodoh pulak tak bawa baju sejuk. Seriously memang dah sediakn baju tuh tapi lupa nak letak kat dalam beg. My mum gile tak marah, nak patah balik tak bagi..ouh sedih hidup ku *mata merah, air mata mengalir

Tak tahulah nama hotel nih



Lepas sarapan terus check out dalam bahasa kasarnya berambus dari hotel tuh. Sarapan time pagi tuh sedap gila. Paling sedap babi panggang.. emmm .. ermmm  tipu jer hohoho. #sisbergurau. destinasi pertama ialah jeng jeng jeng.. suprise lah kononnya .. sis try hard beb!! oklah destinasi pertama ialah... jeng jeng jeng ... * bunyi trompet...  ialah... ialah Mt. Sorak melawat Gwonggeumseong Fortress. Sebenarnya Intan tak tau tempat apa nih ..kita layan..

Tempat nih kat atas Gunung Sorak, so pepaham lar sejuk dia bagai nak giler terutama yang tak pakai baju sejuk then pakai baju nipis macam Intan hahahaha cis tak gune. Nak cover malu, muka steady tak de pape.. chill bro, konon berlagak macam tak sejuk langsung. Padahal haishh hanya tuhan jela tau time tuh. Orang Korea pun pergi sana baju berlapis-lapis. Angel (tour guide) si Korea tuh pun pelik yang Intan tak pakai baju sejuk. Dia tanya kat Intan tak rasa sejuk ker. Macam biasa Intan dengan cool + santai + sopan + lemah lembut + gangster, pun jawab .. "Tak sejuk manewwww powwwnnnn awakkksss." *mulut perlu disengetkan ketika itu. Takdelah Intan tak jawab macam tu pun, kang tak paham pulak dia.


Kat tempat nih, tak taulah ape aktiviti sebenarnya, jejalan je n amek gambar. Kat sini ramai manusia yang berjogging emm tu je.  Sebenarnya tak tau nak cakap apa pasal tempat ni. Sepatutnya naik kereta kabel kat sini tapi tak jadi sebab ramai orang.

Destinasi seterusnya ialah Teddy Bear Farm. Hohoho tempat yang paling ku tunggu tunggu almaklumlah I peminat teddy bear lagi uollz. Banyak gila teddy bear yelah dah name pun pun macam tuh. Tapi sayang tak pergi time musim sejuk, sebab time ade salji tempat tu nampak lagi cantik gituh. Tempat nih sesuai kepada manusia yang suka berangan hahahahaha. Kalau nak berangan tuh, sila pandang sekeliling dulu, kot2 orang lain ternampak nanti malu.. kuikui.


Study jap btw filter gambar harus terlebih cerah yek.. kahkahkah

Buku besar mana pun, kalau dah tak paham tak guna jugak renung sampai tertembus

Tempat kedai souv. die manyak cantik woo... rambang mata, barang tak mahal tapi banyak habis duit kat sini, cis tak gune. Tapi kat sini just beli souv. utk diri sendiri n kesayangan kesayangan sahaja, yang lain den beli kat tempat lain yekk.

Destinasi seterusnya ialah Kim Chi School!!! Kat sini kitorang belajar cara buat kim chi yang paling senang rasanya.. hohoho.. belasah je buat. Ada 200 jenis kim chi terdapat di Korea. Orang tu cakap lah, tak tahulah kalau dia menipu ke ape kan. Kalau nak beli n bawa balik Malaysia pun diorang ada sediakan . Syaratnya, duit harus adelah.. My mum tak beli sebab hehehehe to be honest rasa macam membazir sebab kalau bawa balik pun confirm takde orang nak makan. Kat tempat nih jugak kitorang dapatlah merasa pakaian tradisional Korea, Han-Bok. Nasib baik ada saiz fuhh lega den. Ni antara gambar fefeling orang Korea .. kroh kroh... berangan jangan tak berangan


Aishh kat sini pun kena belajar...
nak balik ke istana jap eh






Kat tempat nih jugak ada kedai souv. dan harga die sangatlah murah. Kalau nak beli souvenier banyak-banyak sesuai sangatlah beli kat sini. Harga dia mampu milik..kuikui. Kat sini lah antara tempat den beli souv. untuk kekawan. Banyak barang meh. Beg comel2, barangan kpop pun ada!!! Rambang mata huhuhu. 

Lepas dah puas berangan, masa untuk dapatkan balik tenaga.. Masa untuk makan!! Time makan tuh ada beberapa manusia termasuklah Intan nak makan pakai sudu sebab nak hirup kuah. Semua orang dapat sudu yang normal kecuali Intan. Disebabkan Intan nampak macam budak-budak, Mickey (tour guide), dia bagi Intan sudu baby .. what the... masih ku ingat sudu tuh warna kuning, comel je. Time dia nak bagi tuh, siap lagi senyum then cakap " Baby..". Buat malu je, semua orang nampak Intan pakai sudu tuh. Time tuh rasa macam nak makan bawah meja je.

Lepas makan, destinasi seterusnya Everland Theme Park. Tempat paling ditunggu-tunggu. 
gaya macam terpaksa jeh



Tempat nih sangatlah cantik. Bunga manyak wooo, kedai makan pun banyak , permainan lagilah banyak, persembahan muzikal. Tempat nih sangatlah best!!!  Sesuai sangat untuk seisi keluarga. Sebelum nak masuk tuh, setiap orang dapat satu kupon dan lagi sekali kecuali Intan.. ouh hidup. I got two coupons yawww!!! Satu untuk dewasa, satu lagi untuk budak kecik. Lagi sekali Mickey punya pasallah nih. Haishhh....

Tempat nih banyak sangat tempat yang menarik, antaranya Magic Garden( bagi penggemar bunga macam my mum),K-pop Hologram (bagi penggemar k-pop), Zoo-Topia, Caribbean Bay (tempat mandi mandi), American Adventure (tempat permainan) n banyak lagi!!!! 



My mum nak sangat naik roller coaster tapi malang anaknya tak teringin langsung. Intan cakap kat my mum yang Intan nak sangat pergi K-pop Hologram tapi tak tau kat mana. Hahaha ada peta tak nak guna hamek kau. Macam2 permainan kitorang cuba antaranya Rotating House, Columbus Adventure, rumah hantu n banyak lah. Puas jugakla my mum pujuk nak naik roller coaster dan akhirnye terpaksa akur. Nasib baiklah time sampai kat situ, ramai gile orang yang beratur...fuhh lega beb. Tolonglah Intan dah rasa sangat pening nak muntah pun ada time naik Columbus Adventure. My mum boleh lagi menjerit keseronokan. Intan just pejam mata je sebab pening sangat. hoho... Btw sebelah Intan ade dua orang budak kecik, yang penting bukan orang Korea lah, time mula2 tuh, dia tak habis2 tengok tudung Intan. Agaknya tak pernah tengok kot. Tak pelah budak, dah besar nanti, jangan lupa try pakai yek. kahkahkahkah

Columbus Adventure



Lepas dah puas memenatkan diri, masa pun semakin jeles dan dengki. Masa untuk berkumpul nak balik. Time berkumpul tuh baru nampak K-pop Hologram. Hahahahaha rupenya kat depan pintu masuk je nak oiii. Rasa macam kena tipu hahahaha. Takpelah takde rezeki. Kalau korang baca peta tuh, ada tulis kat tempat K-pop Hologram tuh cengginih,

" Meet our hologram show that is more realistic than real"

Ayat macam desperate nak suruh orang pergi je...hohohoho #mudahterhibur.Ouh lupa macam biasa ade banyak kedai souv. kat sana n cantik sangat barang2 dia.  Makan malam malas nak cerita.....

Time malam2 (time semua orang tidur), disebabkan takde plug antarabangsa punye tuh (nak charge fon), I cadangkan kat my mum, kita jalan2 sekitar bandar Seoul cari kedai runcit. Yelah mana tahu ade jual. Sebonarnyo den memang nak bersiar-siar kat bandar tuh tanpa pengawasan tour guide. My mum setuju dan kitorang pun jalan-jalan. Time tuh acah2 dah terer selok belok kat situh (hohoho berangan). 



0 Comment(s)