Kroh Blup

ABOUT JOURNAL Topik TWITTER GALLERY INSTAGRAM FOLLOW+ DASHBOARD
:: Online Diary!::
LANDLORD

hola ! My name is INTAN SYAFIQAH. Just call me INTAN / NENE. I'm a SWEET 97. Happy flying here :D
Superb Rich Erk? strike
Tak penting di mana kita bermula, yang penting di mana kita berakhir. ..All is well.. Allahhumma inni as'aluk al-jannah
TUAN TANAH

TITTLE-TATTLE

KLIK SAYA JUGA!!!

follow meh

MPU's assignments

Assalamualaikum guys....

Sangat lama tak update blog sejak masuk GMI nih. Intan sangatlah busy dengan courseworks Intan and too many things lah nak kena settle. Almaklumlah GMI ni kerja praktikal banyak makaihhhh.

Banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya tapi korang tak perlu risau because I'm not going to tell every single thing yg Intan buat time 2015. No no no..  *apalagi cheer up lah. Intan cuma nak kongsi satu cerita ni je....

"ALOOOOO MALASLAH NAK BACA.."

Weh jangan lari. baca jelahhh!!! 

First of all, honestly Intan mengaku agak sedikit emmm maybe sedikit sedih tahun ni. Intan mengaku Intan salah pilih tempat and course yg Intan belajar sekarang nih. So sad mehhhh.. :( Seriously rasa macam tak boleh move on but keep positive Intan. Hip Hip Intan!! Hip Hip Intan!! *lambung Intan cepat!!! . Pengajaran kat sini, kepada pelajar lepasan SPM sila buat pilihan betul betul yee.... Ada jugak orang tanya kenapa teruskan jugak study kat sini? Sebenarnya, ada seorang lecturer ni dia pernah cakap, 

"Siapa yang tak minat engineering nih baik keluar ajelah. Awak takkan dapat score punyalah."

And I was like....

------------            -------------

------------------------

*Heyyy ....

Tak tahulah kenapa Intan rasa macam nak buktikan lecturer tu salah. Kepala otak time tuh rasa macam diri nih dicabar. Tu sebab degil benor tak nak keluar GMI.

Study kat GMI nih, Intan sangatlah gembira time nak buat group assignments untuk subjek Presentation and Communication Skills. Group's members sangat awesome nyahhhh. Kitorang kene buat pasal video healthy lifestyle and present depan classmates. Tapi sebelum tuh kitorang kene buat mock meeting depan our lecturer. Semua nya berjalan emmmm tak berapa lancar sebab ada meeting member yang lari topik .. hahahaha tapi berjaya diatasi oleh Ammar. Nasib Ammar nih pandai speaking so dia pandai putar belitkan balik. Lepas habis meeting tuh, gladly Miss Salwa cakap kitorang punya meeting bagus and paling kitorang tak sangka dia nak kitorang record balik meeting kitorang tu sebab nak tunjukkan kat classmate lain. Auww terharu .. *kipaskipas, kesat air mata

Btw masa untuk preparation buat meeting nih sangat lama but kitorang buat last minute iaitu sehari sebelum meeting... hohohohoho *acah pandai. Kelam kabut?? Mana ada... emm emm sebenarnya sangatlah kelam kabut *boooooooo..... Mock meeting kene buat time petang. Lepas kelas pagi terus kitorang berkumpul buat last preparation. Time tulah baru nak siapkan memo, minute meeting yg lepas n blablabla. 

Meeting projek mega jap

Ammar, Anis, Jay, Kak Sya, Me

Setelah selesai dengan jayanya and dah dapat markah bagai daripada mock meeting tuh, bermulalah perbincangan nak buat video bagai. Tapi macam biasa, kitorang buat last minute jugak. Location kitorang kat Jumpstreet. Kene buat interview bagai, overnight skali sebab sewa kereta sehari so sayang nak balik awal. Tak lupa jugak kereta sewa tersadai dua kali after kitorang pergi karoakae. Tapi apa-apa hal sangat best hari tu.

Model dinding

Lepas selesai buat video, next, preparation of slide. Yelah kalau nak present memey la kene buat slide bagai. Kitorang buat slide pakai software Montage sebab nak bagi lawa sikit slide uh.. kuikui. Macam biasa kitorang ambil masa dua hari sebelum presentation nak buat semua tuh.

" Eh, buat slide pun sampai dua hari ke?"

Hello..... bukan slide je k. Dalam masa dua hari tu, kitorang edit video, pilih backgroud sound, buat slide, burn CD, buat gant chart bagai and ada banyak lagilah. Kerja mesti perfect beb. Kitorang ambil keputusan overnight kat McD sebab kerja banyak lagi tak siap and nak wifi free. Banyak gila rintangan nak keluar GMI time malam uh sebab kitorang keluar lepas 12 malam.. so, kene tempuh warden, guard bagai. Haishh malas nak kenang balik apa yang kitorang kene buat semata-mata nak keluar siapkan slide bagai. Keesokan paginya, our presentation day. Erhh masing-masing mata kuyu. Tak cukup tidur.

Disebabkan tak prepare sangat nak bercakap kat depan, Intan pakai bantai langgar grammar .. matilanak asalkn bercakap. 

Last but not least, terima kasih sangat menyengat nyengat kepada group's members sebab tolong Intan  buat kerja. Okla Intan mengaku tak buat banyak sangat kerja time preparation mock meeting uh. Bahahhahah. Seriously korang sporting and kelakar habis!!! 

0 Comment(s)

Terobek Ramadhan 2013

Assalamualaikum uollz... *pegang tisu lambai tangan

Sepanjang Ramadhan nih, agak kesunyian lah jugak sebab menghabiskan masa sepanjang hari kat dalam rumah. Kat rumah keseorangan, semua orang ada kerja masing-masing. Den ajo yang mereput kat rumah nih *background bunyi cengkerik. Rutin yang sama macam hari-hari biasa. Pagi2 kemas rumah, basuh baju, jemur kat ampaian cuma time bulan puasa nih den tak masak macam bulan2 sebelum nih sebab semua manusia kat dalam rumah puasa kecuali my youngest brother, Muhammad Al-Khawarizmi. Nasib baik budak nih jenis tak makan nasi, hanya perlu hidangkan roti sahaja untuk dia... *joget-joget

Detik-detik kesunyian ku sempat dirakam..kuikui

Masing-masing ada kenangan Ramadhan yang selalu korang terkenangkan.. kroh kroh.. Intan pown... *pandang kiri kanan ... ader ..... jugak.. *nada suara nasir bilal khan (tanah kubur)

Kenangan nih time Intan form 4.. hah!? Tak nak amek tau? Alang-alang korang dah baca sampai sini , apa kata teruskan je membaca.. *kenyit mata, mulut senget.  Hah, nak stop baca? Siapa tak nak baca tuh hah!!!!??? *tangan kanan acu pistol, tangan kiri hayun rotan. Duduk semua jangan bergerak , dengar certa ku ini... kuikui

Ketika itu.. *flashback

Intan telefon kawan Intan, Yaya, kononnya nak amek bas sama balik Sains Johor. Intan naik bas dengan Esah dari Melaka, Yaya dari Muar.. malangnya tak sama bas sebab adalah sebab2 tertentu tapi Intan tak informkan kat Yaya yang kitorang naik bas lain sebab kitewww tak bawak fon awwwwww *mulut senget benget. Kebetulan kitorang naik bas sama dengan Shud dan Shae, so, agak ceria seketika ketika di dalam bas.

Dah sampai ke destinasi iaitu bumi Kluang, macam biasa sesi mengempiskan dompet dilakukan dulu kat Kluang Mall. Aduh time tuh panas terik beb.. gua tahan je . Kitorang berjalan sepanjang nak pergi Kluang Mall macam ala-ala pejuang padang pasir yaww..(padahal jalan tar je pun kat situ). Choiiii!!! 

Macam nilah kitorang cuma takde unta je, tu je bezanya.

Lepas shopping keluar2 jer nampak Bazaar Ramadhan. OMG OMG I kennot larhh. Kitorang berempat pun menjalankan aktiviti tawaf sepanjang Bazaar tuh, entah berapa kali pusing tempat yang sama. Macam biasa makanan manyak sedap, terserempak dengan schoolmates lain tapi buat muka poyo konon tak kenal. Lepas puas tawaf, kitorang tengok jam aduh alamak opocot ooo mak kau .. hamek semua bahasa terperanjat keluar, sebabnye kitorang dah lambat. Sebenarnya tak lambat pun, tapi saje acah-acah lambat. Shud ke Shae entahla mane satu punye insan, cadangkan supaya berbuka kat luar je, balik sekolah lepas dah solat maghrib kat stesen bas.Time tuh hatiku ini telah bersorak kegembiraan , akhirnye ade jugak insan yang dapat baca idea kat otak den nih. Intan dengan cool dan bergayanye menerima cadangan tersebut dengan baik. Lepas semua dah setuju kitorang tawaf lagi sekali kat bazaar tuh sementara nak tunggu waktu berbuka. 

Lepas dah berbuka, tengok TV jap,lepastuh solat then kitorang pun berangkatlah pulang ke sekolah , naik Lamborghini .. eh salah salah kitorang naik teksi biase aje. Time dah sampai gate sekolah tuh, masing masing buat muka poyo jalan depan pak guard kononnya tak de pape yang berlaku. Sepatutnya kena amek tanda tangan tapi dah lambat tuh hmm seganlah. 

" Awal balik", 
sapa pak guard dengan lemah lembut nya...kroh kroh

Auchhh!!! Kitorang pun dengan berat hatinya pergi amek tandatangan pak guard tuh sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Kitorang bagi alasan kitorang dari Melaka then amek bas lambat sebab semua tiket bas dah habis jual hohohoho.. padahal naik bas time pepagi kuikui.

Detik ketika nak amek tandatangan pak guard juga sempat dirakam. Yang baju putih tuh Pak Guard, yang terbakar tuh teksi yang kitorang naik.

Lepas dah habis meeting dengan pak guard tuh kitorang meneruskan perjalanan ke hostel. Sepanjang perjalanan tuh, kitorang melalak nyanyi lagu raya sebab jalan tuh tak de orang. Ade jugaklah suara ala-ala Siti Nurhaliza tuh *kipaskipas.

Sampai je hostel, dormate datang menerkam ku, ceh takdelah diorang terkejut ajo. Diorang pikir Intan kemalangan atau kena culik sebab tak sampai-sampai lagi sebab Yaya bagitau Intan ada bagitau kat dia yang tiket bas Intan time pagi. Haishh luas sungguh imaginasi dormate2 nih.  Diorang siap buka locker Intan sebab nak amek nombor tepon. Uishh time diorang bagitau bukak locker tuh.. aduh .. malunye.. locker dahlah time tuh bersepah. #sisredha. Diorang telefon parents Intan , nasib baik parents Intan tak angkat kalau tak mati den. Then, diorang cakap kat Intan kalau Intan tak sampai lagi dalam 24 jam, diorang nak report polis.. Ok time tuh rase nak gelak pun ade. Dah macam cerita Gerak Khas. Kuikui... 

Sekian itu sahaja.... kuikui....

0 Comment(s)

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik, Ramadhan telah pun tiba... kuikui.. Seronok sangat time bulan nih maklumlah ada banyak sangat kelebihan time bulan Ramadhan termasuklah bagi orang yg teringin nak kurus tuh (hahaha perli diri sendiri). 

Tahun nih best sebab sepanjang bulan Ramadhan Intan dapat berbuka puasa dengan keluarga. Almaklumlah den nih dah bape tahun dah tak berbuka dengan keluarga #sisredha . Sebenarnya baru tiga tahun (ek eleh baru tiga tahun). Choiiii!!! I tetap rasa lama tau..

Honestly, rindu sangat time berbuka puasa dengan kawan-kawan kat Sains Johor. Tahun lepas seperti biasa senior akan dapat duduk di meja ala2 VIP "kononnya" bertepatan dengan tema senior sepanjang zaman iaitu 'bajet bagus' .. hohoho.

Meja kitorang macam nilah cuma 10 kali ganda tak cantik, tu je

Masih ku ingat beberapa 'ketul' manusia yang menjadi ahli meja ku. Antaranya... (jengjengjeng.... *bunyi drum)

-Hanisah (ketua)
        Antara manusia yang berhati mulia murni lagi bersih seperti pinggan mangkuk yang telah digilap-gilap dalam kelas, baik, lembut tapi sensitif sikit. (Amaran: Jangan pernah tinggikan suara dengan dia) Nama glamornye 'Esah'.. hamekko name time zaman Saloma punye.

Detik ketika Esah hendak makan sempat dirakam

-Shahida 
        Manusia yang paling-paling rapat dengan Intan yawww!! Dia nih berfungsi sebagai mesin lagu kat dalam kelas ( Den jadi suara latar ajooo ). Dia nih cantik, baik, pencinta kepada -tut- yang setia, kawan yang setia (saka/pedampingku) dan kuat nangis huhuhu... Kekadang dia nih suka buat lawak hambar tapi wajib ketawa *siapa tak ketawa dengar lawak dia, den lompang kang (kuikui) #sisbackupkawan

-Yana
        Insan yang suka buat lawak, ceria, baik lah jugak, unicorn (bukan kuda tunggangan yek tapi atlet). Dikenali dengan nama glamornye iaitu Yananai. Dia nih senang kena tipu ngan Intan hahaha. MAAP YA BUK!!! Rasenye budak nih selalu gelisah kalau nak buat sesuatu.. rasenyelah. Intan suka panggil dia 'taik' .. ceh takdelah I panggil dia unicorn awww.... sebab comel kot :)

Yana ketika berangan di Taman Bunga

-Shud
        Manusia yang selalu kena buli lepas berbuka. Dialah bibik yg selalu dipaksa lap meja.. hahahaha *mohon Shud baca. Dia nih selalunye sekepala ngan Intan. Dia jugalah kedai runcit Intan, suka bertindak di luar jangkaan hahahaha, suka buat lawak dan emmm nak cakap baik tuh tak delah sangat tapi kawan punya pasal baik jugak lah dia.

-Ain
        Insan yang tersangat-sangat-menyengat-nyengat lagi tergigit gigit baiknya. Dia seperti 'Wanita Lindungan Kaabah'. Buatlah jahat dengan dia, jangan risau dia takkan balas. Manusia yang sopan, suara comel, rajin dan dia jugalah 'Angin'...hui....

-Raiha
        Manusia yang comel, kecik je..kuikui. Berfungsi sebagai mesin informasi kpop dalam diam, pendiam, baik macam Esah, pandai lukis, insan yang kekadang terpaksa melayan kerenah ku sebab duduk bersebelahan kat dalam kelas.

Detik Raiha sedang baring di atas rumput

-Chaah
        Dia nih pencinta ilmu matematik tambahan, suka merepek, orang kata dia nih macam Sulli (kpop), pelik, baik lah jugak hahahah, dia nih lambat cakap sebab banyak sangat '... aaaa' tapi sabar jelah .. #sismendengardengantabah

-Aini
        Aini, Aini, Aini.....ermmm.. Dia nih rasenya insan yang rendah diri tapi emo sikit..kuikui.. tapi bukanlah emo yang ganas sampai nak pecahkan tingkap then pukul2 orang tuh. 

-Nadia
        Baik, lemah lembut, cantik yang pasti hatinye selembut kapas. 
         
Kepada manusia-manusia kat atas nih, terima kasih n minta maaflah sepanjang Intan jadi ahli meja makan sebab den sbonarnyo x ponah lap meja makan. Kuikuikui 

Sebenarnya nilah meja kitorang hahahaha... (dari kanan; Intan, Shae, Ain, Nadia, Chaah, Yana, Izzati(grup lain), Aini, Esah, Shud, Raiha)

Akhir kata Selamat Menjalani Ibadah Puasa U ollzzzzz... *lambai tangan sambil pegang tisu

1 Comment(s)

Korea (travel)- Part 2

Wehhuuuuu

Ok setelah sekian lama menunggu waktu dan saat yang paling sesuai nak update pasal travel part 2 nih, akhirnye tiba jugak even dah berhabuk blog nih. Tatkala nak update terbatuk-batuk sehingga berdarah seperti terkena santau sebab habuk dan debu serta sarang labah2 yang terhasil semenjak den tak meng-update blog. Namun tetap ku gagahkan diri ini meng-update blog tanpa mempedulikan kesihatan ku demi pembaca blog ku.. ceh.

Pada pagi yg nirmala ... bangun awal pagi, tengok kat luar perhhh dah mule nak cerah. Ingat kan dah lambat rupenye baru pukul 4 lebih.. kroh kroh... Kene berkumpul pukul 8 tak silap ermm tak ingat sangatlah. Apa-apalah!!! Intan n my mum orang yang paling awal turun ..hoho well kalau dengan keluarge bukan main cepat siap, kalau kat sekolah tunggu siren asrama baru nak pakai tudung n blablabla. Pernah sampai kawan yang kena gosokkan kain time pepagi sebab banyak benda lagi nak tak buat, nasib baik kawan I baik uooollllzzzz, I tak minta pun bantuan dia, tapi dia yang nak tolong. Nama manusia yg telah berjasa tuh Nara / Mong / Farahin (banyak sikit nama dia nih). Aippp keluar tajuk pulak.

Disebabkan terlalu awal, Intan n my mum pun pergi berjalan kat luar hotel. Sejuk giler!! ouh lupa nak bagi tau hotel yang kitorang menginap kat atas gunung ..hoho padan lah sejuk. My mum tak rase sangat kesejukan tuh sebab dia bawa baju baju sejuk. Hohoho seperti orang bodoh pulak tak bawa baju sejuk. Seriously memang dah sediakn baju tuh tapi lupa nak letak kat dalam beg. My mum gile tak marah, nak patah balik tak bagi..ouh sedih hidup ku *mata merah, air mata mengalir

Tak tahulah nama hotel nih

Lepas sarapan terus check out dalam bahasa kasarnya berambus dari hotel tuh. Sarapan time pagi tuh sedap gila. Paling sedap babi panggang.. emmm .. ermmm  tipu jer hohoho. #sisbergurau. destinasi pertama ialah jeng jeng jeng.. suprise lah kononnya .. sis try hard beb!! oklah destinasi pertama ialah... jeng jeng jeng ... * bunyi trompet...  ialah... ialah Mt. Sorak melawat Gwonggeumseong Fortress. Sebenarnya Intan tak tau tempat apa nih ..kita layan..

Tempat nih kat atas Gunung Sorak, so pepaham lar sejuk dia bagai nak giler terutama yang tak pakai baju sejuk then pakai baju nipis macam Intan hahahaha cis tak gune. Nak cover malu, muka steady tak de pape.. chill bro, konon berlagak macam tak sejuk langsung. Padahal haishh hanya tuhan jela tau time tuh. Orang Korea pun pergi sana baju berlapis-lapis. Angel (tour guide) si Korea tuh pun pelik yang Intan tak pakai baju sejuk. Dia tanya kat Intan tak rasa sejuk ker. Macam biasa Intan dengan cool + santai + sopan + lemah lembut + gangster, pun jawab .. "Tak sejuk manewwww powwwnnnn awakkksss." *mulut perlu disengetkan ketika itu. Takdelah Intan tak jawab macam tu pun, kang tak paham pulak dia.

Kat tempat nih, tak taulah ape aktiviti sebenarnya, jejalan je n amek gambar. Kat sini ramai manusia yang berjogging emm tu je.  Sebenarnya tak tau nak cakap apa pasal tempat ni. Sepatutnya naik kereta kabel kat sini tapi tak jadi sebab ramai orang.

Destinasi seterusnya ialah Teddy Bear Farm. Hohoho tempat yang paling ku tunggu tunggu almaklumlah I peminat teddy bear lagi uollz. Banyak gila teddy bear yelah dah name pun pun macam tuh. Tapi sayang tak pergi time musim sejuk, sebab time ade salji tempat tu nampak lagi cantik gituh. Tempat nih sesuai kepada manusia yang suka berangan hahahahaha. Kalau nak berangan tuh, sila pandang sekeliling dulu, kot2 orang lain ternampak nanti malu.. kuikui.

Study jap btw filter gambar harus terlebih cerah yek.. kahkahkah

Buku besar mana pun, kalau dah tak paham tak guna jugak renung sampai tertembus

Tempat kedai souv. die manyak cantik woo... rambang mata, barang tak mahal tapi banyak habis duit kat sini, cis tak gune. Tapi kat sini just beli souv. utk diri sendiri n kesayangan kesayangan sahaja, yang lain den beli kat tempat lain yekk.

Destinasi seterusnya ialah Kim Chi School!!! Kat sini kitorang belajar cara buat kim chi yang paling senang rasanya.. hohoho.. belasah je buat. Ada 200 jenis kim chi terdapat di Korea. Orang tu cakap lah, tak tahulah kalau dia menipu ke ape kan. Kalau nak beli n bawa balik Malaysia pun diorang ada sediakan . Syaratnya, duit harus adelah.. My mum tak beli sebab hehehehe to be honest rasa macam membazir sebab kalau bawa balik pun confirm takde orang nak makan. Kat tempat nih jugak kitorang dapatlah merasa pakaian tradisional Korea, Han-Bok. Nasib baik ada saiz fuhh lega den. Ni antara gambar fefeling orang Korea .. kroh kroh... berangan jangan tak berangan

Aishh kat sini pun kena belajar...
nak balik ke istana jap eh

Kat tempat nih jugak ada kedai souv. dan harga die sangatlah murah. Kalau nak beli souvenier banyak-banyak sesuai sangatlah beli kat sini. Harga dia mampu milik..kuikui. Kat sini lah antara tempat den beli souv. untuk kekawan. Banyak barang meh. Beg comel2, barangan kpop pun ada!!! Rambang mata huhuhu. 

Lepas dah puas berangan, masa untuk dapatkan balik tenaga.. Masa untuk makan!! Time makan tuh ada beberapa manusia termasuklah Intan nak makan pakai sudu sebab nak hirup kuah. Semua orang dapat sudu yang normal kecuali Intan. Disebabkan Intan nampak macam budak-budak, Mickey (tour guide), dia bagi Intan sudu baby .. what the... masih ku ingat sudu tuh warna kuning, comel je. Time dia nak bagi tuh, siap lagi senyum then cakap " Baby..". Buat malu je, semua orang nampak Intan pakai sudu tuh. Time tuh rasa macam nak makan bawah meja je.

Lepas makan, destinasi seterusnya Everland Theme Park. Tempat paling ditunggu-tunggu. 
gaya macam terpaksa jeh

Tempat nih sangatlah cantik. Bunga manyak wooo, kedai makan pun banyak , permainan lagilah banyak, persembahan muzikal. Tempat nih sangatlah best!!!  Sesuai sangat untuk seisi keluarga. Sebelum nak masuk tuh, setiap orang dapat satu kupon dan lagi sekali kecuali Intan.. ouh hidup. I got two coupons yawww!!! Satu untuk dewasa, satu lagi untuk budak kecik. Lagi sekali Mickey punya pasallah nih. Haishhh....

Tempat nih banyak sangat tempat yang menarik, antaranya Magic Garden( bagi penggemar bunga macam my mum),K-pop Hologram (bagi penggemar k-pop), Zoo-Topia, Caribbean Bay (tempat mandi mandi), American Adventure (tempat permainan) n banyak lagi!!!! 

My mum nak sangat naik roller coaster tapi malang anaknya tak teringin langsung. Intan cakap kat my mum yang Intan nak sangat pergi K-pop Hologram tapi tak tau kat mana. Hahaha ada peta tak nak guna hamek kau. Macam2 permainan kitorang cuba antaranya Rotating House, Columbus Adventure, rumah hantu n banyak lah. Puas jugakla my mum pujuk nak naik roller coaster dan akhirnye terpaksa akur. Nasib baiklah time sampai kat situ, ramai gile orang yang beratur...fuhh lega beb. Tolonglah Intan dah rasa sangat pening nak muntah pun ada time naik Columbus Adventure. My mum boleh lagi menjerit keseronokan. Intan just pejam mata je sebab pening sangat. hoho... Btw sebelah Intan ade dua orang budak kecik, yang penting bukan orang Korea lah, time mula2 tuh, dia tak habis2 tengok tudung Intan. Agaknya tak pernah tengok kot. Tak pelah budak, dah besar nanti, jangan lupa try pakai yek. kahkahkahkah

Columbus Adventure

Lepas dah puas memenatkan diri, masa pun semakin jeles dan dengki. Masa untuk berkumpul nak balik. Time berkumpul tuh baru nampak K-pop Hologram. Hahahahaha rupenya kat depan pintu masuk je nak oiii. Rasa macam kena tipu hahahaha. Takpelah takde rezeki. Kalau korang baca peta tuh, ada tulis kat tempat K-pop Hologram tuh cengginih,

" Meet our hologram show that is more realistic than real"

Ayat macam desperate nak suruh orang pergi je...hohohoho #mudahterhibur.Ouh lupa macam biasa ade banyak kedai souv. kat sana n cantik sangat barang2 dia.  Makan malam malas nak cerita.....

Time malam2 (time semua orang tidur), disebabkan takde plug antarabangsa punye tuh (nak charge fon), I cadangkan kat my mum, kita jalan2 sekitar bandar Seoul cari kedai runcit. Yelah mana tahu ade jual. Sebonarnyo den memang nak bersiar-siar kat bandar tuh tanpa pengawasan tour guide. My mum setuju dan kitorang pun jalan-jalan. Time tuh acah2 dah terer selok belok kat situh (hohoho berangan). 

0 Comment(s)

Bahaya Produk Collagen Plus Vitamin e

ASSALAMUALAIKUM......

Ok, hari ni Intan nak bercerita sikit pasal satu produk nih iaitu... jeng jeng jeng... (tak payah nak misteri sangatlah) produk Collagen Plus Vitamin e . Ahaaa!!! Maybe ada yang antara anda semua sedang memakainya kemudian apabila melihat entry ini, anda memaki Intan. Nevermind, I dah banyak kali kena maki.. hik hok.. *asah parang. Biasalah kehidupan memang banyak liku sikit. Intan buat entry ni saje nak bagitau bukan hasrat dengki or whatever lahkan. Biasalah ada manusia tuh pikiran pelik sikit, nasihat sikit , cakap kita dengki. haihh kita hanya perlu bersabar sahaja melihat manusia sebegini, ye dak? 

"Yang tak ori kot diorang pakai. Aku pakai OK jer."
BACA DULU BAWAH NI

Produk nih, ada certain orang (memang ramai pownnnnn) cakap memang berkesan. Kulit makin putih, jerawat hilang dalam masa seminggu!!!! Ye seminggu or lagi singkat pon I tak tahulahkan sebab tak pernah guna. Biasalah siapa je tak seronok and tertarik bila dengar produk cenggini. Dapat putih dalam masa singkat. Produk nih dia bukan putih sikit dalam masa seminggu k, tapi memang nampak perubahan muka korang akan lebih berseri yakni semakin putih. Sangatlah ramai schoolmate adik Intan menggunakannya. Yeah sebenarnya emmm emm (Pandang kanan, pandang kiri. Bisik) , Intan pun pernah guna jugak hohohoho....TAPI !!! hanya untuk beberapa minit sahaja. My sis belikan Intan produk tuh, katanya bagus dengan hujah dia blablabla. Almaklumlah muka Intan nih macam hitam macam periuk kuali kahkahkahkah. Takpe ciptaan tuhan kita kena bersyukur bukan.

Time guna tuh rasa macam tak sedap hati sebab produk nih sangatlah murah dan terlalu murah. Bukan apa, pelik juga produk murah ni kesan dia hebat habes. Setelah saya menepek-nepekkan produk itu di atas permukaan kulit muka, Intan terus menghubungi Encik Google(my first love) pasal produk nih. WOW!!! rata2 cakap produk nih tak baguih. Intan bukan baca satu dua blog tapi banyak beb! Dan kesannya sangatlah menakutkan. Tanpa melengahkan masa terus Intan cuci secuci cucinya muka nih. Takpelah biar jelah muka hitam cenggini (sedapkan hati, tangan mengusap muka.Eh tangan tersekat , ouh jerawat) .

Antara yang Intan baca, ada tuh pakai baru bape hari, muka dah jerawat nanah. Ada jugak yang berbulan pakai still cerah berseri tapi tup tup lepastu muka kembali hitam malah bertambah teruk sebab kehadiran jerawat blablabla. Intan baca jugak pengakuan pengedar produk ni, dia pun kesal dengan produk tu. Ada jugak yang bertahun-tahun pakai, lepastuh kulit dah teruk. 

Setelah puas ku bebel pasal ini produk, inginku terangkan mengapa terjadinya perkara ini Yelah takkan nak cakap takde bukti. *betulkan kolar baju. Produk ni sebenarnya mengandungi merkuri yang sangatlah banyak . Meh saya terangkan. (sebenarnya kopi paste je nih) Aipppp ... mari kita ke makmal.(tekan kunci kereta lamborghini)

1. Apa itu merkuri?
merkuri adalah cairan logam perak atau disebut air raksa (Hydrargyrum ). Logam ini adalah logam yang ada secara alami,satu-satunya logam pada suhu kamar (25°C) berwujud cair. Di dalam tabel periodik merkuri (Hg) dengan nomor atom 80 dan nomor massa 200.59. Merkuri merupakan unsur transisi dalam susunan tabel periodik unsur, di mana merkuri ada pada golongan II B dan periode 6. Logam murninya keperakan,cairan, tak berbau, dan menggilap. Bila dipanaskan pada suhu 3570C akan menguap. Merkuri banyak ditemukan di alam dan tersebar dalam batu-batuan, biji tambang, tanah, air dan udara sebagai senyawa anorganik dan organik.

2. Apa bahayanya ?
Pemakaian merkuri secara terus menerus itu memang awalnya menjadikan kulit mulus, namun kemudian merkuri itu termendap di bawah kulit. Setelah bertahun-tahun baru kulit kita akan rosak, akan biru kehitaman bahkan dapat menjadi punca timbulnya kanser. bahaya sangat kan ? dan juga dapat memperlambat pertumbuhan janin, mengakibatkan keguguran (Kematian janin dan Mandul), Jeragat hitam pada kulit akan memucat (seakan pudar) dan bila pemakaian dihentikan, jeragat itu akan timbul lagi & bertambah parah (melebar).
Kenal pasti merkuri

Antara produk yang bahaya
Ada juga my friend yang guna produk nih, setelah ku teliti wajahnya, memang kulitnya mulus hakikatnya lapisan kulitnya semakin nipis sebab dapat ku lihat urat di mukanya. Dengar cite ada yang dah nasihat dia, tapi tak makan, so, layan...... Takpe mungkin dia belum dapat banyak pencerahan tentang produk nih. I nak nasihat tapi segan sebab kulit cam kuali  kan... Aipppppp x mau merajuk. Cara nak kenal pasti produk merkuri senang je. Warna dia kalau untuk krim dia ada yang putih dan kuning. Yang penting melekit. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi rasa macam orang ngantuk baca entry nih.Antara beberapa link yang berguna untuk anda ...kuikui:

Hui dulu Intan pernah sedapkan hati maybe yang bahaya tuh tak ori kut, tapi hakikatnya same je

7 Comment(s)

Respon

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang semua... 
*Kenyit mata, mulut senget

Hai awek2 pakwe2

Hari ini Intan nak mengadu domba... ceh takdelah. Ok hari nih saje nak ulas mengenai blog Intan. I know, ramai sangat cakap entry yang Intan buat panjang panjang sampai malas nak baca*asah kuku, mata ke atas. Intan sendiri pun dah cuba singkatkan tapi tetap tak boleh (sebenarnya tak pernah pun..hohoho). Terlalu banyak nak diceritakan, nak dikupas, nak dicungkil, nak dibongkar, nak ditonjolkan kepada anda semua sampai tak perasan cerita dah meleret-leret. *muka serius

Pada satu hari, saya pergi ke sekolah kemudian nampak alien dan saya...blablabla

Kesimpulannya, saya akan cubalah emmmm tengok dululah kalau adalah masanyelah, saya akan singkatkanlah cerita saya. Itu sahaja..... Satu lagi, tak rasa ke, nama blog nih macam bunyi kentut...

Lah tu je ke kau nak cakap

Jangan marah, Intan buat pendek punye nih...

0 Comment(s)

Sebelum SPM - Aku dan Fizik

Assalamualaikum dunia!!!

Ade yang orang cakap SPM penting dalam hidup but sometimes ada jugak manusia yang cakap, "SPM is not everything dear..". Hakikatnya " Everything starts from SPM".  Tapi jangan risau wahai pelajar yang bakal menduduki SPM. Kalau kurang ok time SPM, chill bro..*hisap shisha sikit, ok tiup..fuhhh

 Yeah benda tuh sangat susah nak move on. Tak terlambat beb, asal time sambung belajar tu korang fokus study, maka masa depan anda insyallah akan terang seperti spotlight menyuluh ke matahari terangnya.*aipp jangan tersengih. Hamekko!! Yang budak pandai baca entry ni, kompem diorang cakap, "Subjek tuh senang je, kau je yang bodoh!" *bunyi guruh
Tapi hatiku tetap berdegil nak buat entry ni jugak.
Kepada yang tak nak dengar, boleh pergi dari sini.

Seriously, time Intan form 4, I sangatlah benci nak mampos dengan subjek fizik. Intan memang melaknati subjek tuh. *muke kerut,hidung kembang. Setiap kali dapat paper fizik rasa nak tembak laju-laju je kertas tuh. Memang salah Intan sebab tak tumpukan perhatian time belajar. Disebabkan I duduk bawah, Intan pun mengambil kesempatan untuk tidur sebab tempat tuh sangatlah strategik bagi menjalankan aktiviti tidur. Setiap kali periksa fizik , ermm pedih untuk ku ceritakan *hidung berdarah. Result fizik kebanyakannya hampit fail tapi disebabkan hati ini sado (sebenarnya tak kisah pun dengan result tuh, senang cite takde kesedaran lagi) Intan terima dengan rela.

Pernah sekali Intan failed fizik. Time tuh hati masih lagi sado. Nampak tak betapa tabahnya hati ini menerima. Yeah sebenarnya satu kelas Intan failed tapi kitorang happy sebab ape?? Sebab sado beb! Kah! Tak tahulah kenapa time tuh rasa kejadian tu sangat lawak. Geli hati sebenarnya. Bayangkan catat sejarah kat sekolah tu, satu kelas failed. I saw my teacher sangatlah upset. Disebabkan selalu dapat result teruk, hati ni dah tak lalu nak ngadap fizik. Rasa macam takde harapan langsung nak baik pulihkan fizik. *terjun bangunan (jangan risau kat bawah bangunan ada pelampung). Tahun tuh, Intan hanyelah penonton kepada kawan2 yang dapat result lagi ok daripada Intan. Kat dalam kelas Intan pon ramai lagi higher dripada Intan.

Time cuti akhir tahun, cikgu ada bagi homeworks fizik yang sangatlah banyak. Bile bukak sekolah memang satu pun tak siap dan bermulalah agenda 'after meng-after' buku. Tak tahulah time nak after buku orang, tiba-tiba hati nih rasa kesal dengan sikap sendiri,hatiku turut berkata, 'Sampai bila nak jadi macam ginih?' *ceh gediknye hatiku auuuwww. Minggu tuh ade outing, selalunya kalau outing memang Intan berjimba dengan kawan. Tapi time tuh, tekad gile tak nak join kekawan semata-mata nak siapkan fizik. Intan cuba tak tiru buku tapi tiru jugak sebab kalau ikut teori sendiri memang takde satu pun yang betul. I tiru tapi I paham k!!! Time tuh Sid(dormate) outing so, terpaksalah tunggu time malam-malam sebab nak tanya dia fizik. Sejak harituh aku cube relakan diri stay up sebab nak belajar fizik. Sorang-sorang pulak tuh tapi nak berjaya kenalah buat. Time stay up tuh, banyak gile benda Intan jumpa kat asrama sampai Intan jatuh tergolek-golek kat tangga... Ceh tipu jer... Hohohoho
Seronok jugak tipu orang nih..

Time stay up tuh seriously, Intan bukan belajar cara nak jawab tapi Intan belajar balik dari awal. Yeah bab awal2 yang senang bagi korang semua tuh. Memang benda tuh pun Intan tak mahir lagi. So, dalam beberapa malam Intan cuba habiskan apa yang dah belajar. Intan just fahamkan je time tuh. Banyak sangat Intan tak tahu. Betullah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Di situlah Intan rasa Fizik nih sebenarnye best. Hikhok. Lepastu, Intan cuba buat latihan fizik buku past year tuh.

Best best pun result tetap tak dapat A. Krohkroh... Cite macam dah dapat A je .. Bersabarlah wahai pembaca. Memang tak dapat A tapi result meningkat ok ape... *kipaskipas. Dan bila SPM ..jeng jeng jeng.. I got A+ yawwww!!! *bunyi gitar elektrik. So, pengajaran di sini janganlah give up adik-adikku. Ade masa lagi weh!!!  Entry nih bukan bertujuan nak berlagak bagus tetapi untuk berkongsi pengalaman sahaja. Akhir kata, bye korang... Senyum semua!!

Kenal pasti produk bermekuri: https://www.facebook.com/pages/Bahaya-CREAM-Mercury/1380637845492067

Pengguna:http://www.nabilabiela.com/2014/02/kisah-benar-bahaya-collagen-plus.html

Pengakuan pengedar: http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2014/02/pengakuan-bekas-pengedar-produk.html

Pengguna dan info yang banyak..kuikui : http://knnessa.blogspot.com/2014/02/awas-aku-dah-buang-set-collagen-plus.html